Pembatalan pemohonan kepada pihak penganjur The Better Beer Festival 2017 Kuala Lumpur oleh pihak DBKL adalah muktamad.
Pelbagai reaksi yang sudah dijangka akan TIMBUL ! Ya, MP SEPUTEH DAP , Teresa kok mempertikai penolakan pemohonan penganjur oleh pihak DBKL dengan alasan " MEMPERTAHANKAN HAK " bererti menjamin kebebasan semua mengamalkan budaya masing-masing.
Kami di ADC musykil dengan alasan bodoh seorang ahli politik bertaraf ahli parlimen ini dimana lebih memikirkan keseronokan dan keuntungan atas penganjuran dari memikirkan kesan keatas anak-anak muda dan masyarakat apabila mereka ini terlibat dengan ketagihan alkohol.
Kepada seluruh ahli-ahli MP terutama sekali Teresa Kok yang mengeluarkan kenyataan bersama tersebut diminta cermin diri sendiri. Walaupun sasaran dan pengunjung ' better beer festival 2017' bukan untuk peniaga islam dan pengunjung islam kami di ADC tidak merelakan anak muda dan masyarakat negara ini dirosakan oleh ahli politik seperti kamu semua. Mengapa baru sekarang kamu sedar ini bukan hal orang islam dan melayu, mengapa RUU 355 yang tidak ada kena mengena dengan kamu, kamu jugalah jadi penyibuk !
No comments:
Post a Comment