Saturday 18 February 2017

KEMARAAN ZAHID MULA DISEKAT OLEH GERAKAN HALUS



Keupayaan pertuturan bahasa inggerisnya pun menjadi bahan serangan peribadi.

Sejauh mana kesedaran dan perhatian yang diberikan, kelihatan jelas kemaraan zahid nampak mula disekat oleh gerakan halus yang dirancang sangat rapi untuk mengucar- kacir kepimpinannya. Sedarkah Zahid bahawa gerakan ini jika dibiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan sekatan sudah pasti boleh mengundang bahaya terhadap kedudukannya selaku orang nombor dua negara dan juga individu penting dalam kedudukan parti UMNO.

Jelas beberapa tindakan bermula dengan episod melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri, Ds Najib sedang menjadi bahan hebahan dan perdebatan dikalangan ahli umno menerusi aplikasi whatapps dan di media sosial seperti akaun facebook.

Keadaan yang bersifat peribadi mula direka bagi mewujudkan keadaan seolah-olah ketegangan sedang berlaku antara Ds Najib dan Ds Zahid.

Walaupun seringkali kedua-dua mereka menafikan hubungan mereka keruh dan mengambil sikap berjiwa besar namun sejak akhir ini, bila persoalan ditimbulkan semula, semakin ramai pula yang percaya krisis antara mereka berdua benar wujud dan sedang berlaku.

Selepas isu surat berantai, dimana Zahid konon mencabar kedudukan jawatan Najib, gerakan halus ini mencari helah lain selepas isu itu telah diselesaikan segera oleh mereka berdua.

Bangkit lagi isu lain, jika Najib telah bersetuju untuk berundur, Zahid tetap tidak akan diberikan kedudukan mudah dimana jawatan perdana menteri tetap akan diberikan kepada sepupu beliau, Hishamuddin.

Jika melihat dan memahami isu, boleh kita fahami semua ini dibuat sebagai satu tanda gerakan mobilasi terancang yang dibuat untuk mengundurkan Zahid dari kedudukan sekarang, segala imej buruk seringkali dipertonjolkan kemudian di halakan kepada Zahid.

ADC percaya zahid sedar adanya usaha untuk mengundurkan beliau, dan paling mengejutkan usaha ini dibuat oleh kalangan 'clan' dalaman UMNO sendiri.

Serangan peribadi, gerakan halus wujud sebagai penanda bahawa pilihanraya umum ke 14 sudah semakin hampir.


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA