Sunday, 16 June 2013

Belum Baiki Perkhidmatan,Dah Desak Naik Tambang


Memang perkhidmatan Bas Ekspres masih relevan....mengapa aku cakap begitu...bukan semua mampu memiliki kereta dan bukan semua ada 'ekstra' tenaga memandu kenderaan sendiri untuk perjalanan yang jauh.

Jadi perkhidmatan ini memang diperlukan lebih-lebih untuk perjalanan yang jaraknya jauh dan untuk mereka yang tidak mampu memilik kereta.

Senang cakap Bas Ekpress memang diperlukan dan akan sangat perlu bila tiba musim cuti sekolah atau musim perayaan.

Aku dapat banyak respon dari koresponden yang menyatakan kebimbangan tentang desakan pihak syarikat bas untuk menaikan kadar tambang sehingga 30% khabarnya.

Kerana... bagi pengguna tegar Bas Ekpres kadar kenaikan tambang bakal membebankan mereka. Dari orang bujang sampailah yang dah beranak pinak memang tidak setuju kadar tambang dinaikan.

Ada juga yang mempertikaikan 'service tak bagus ada hati nak naik tambang'-memang ada Bas Ekpres yang semakin usang tetapi masih digunakan dan ini sudah pasti perkhidmatan yang ditawarkan tidak masuk akal dengan desakan kenaikan harga tiket.

Bagi pihak kerajaan fikir bagaimana makanisma terbaik untuk rakyat dalam menangani isu ini...

Untuk pihak pengusaha Bas Ekpres pula... baiki dan pertingkatkan mutu perkhidmatan sebelum mengenakan tambang tiket yang tinggi.

Bas tak semegah mana-Tiket Bas dikenakan tidak masuk akal....itu cari nahas namanya!



No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA