Ntah mengapa aku rasa Husam Musa lebih sayangkan kambing dari penduduk Salor,Kelantan yang mengundinya sebagai wakil rakyat pada PRU 13 yang lalu..
Ini kerana Husam Musa setelah gagal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan mahupun sebarang jawatan dalam exco negeri dia lebih suka mencari kesalahan orang lain dari buat kerja-kerja kebajikan untuk rakyat.
Paling kuat pun turun ceramah dua tiga kali, namun itu bukan kategori bekerja untuk rakyat..itu namanya kerja untuk kepentingan diri sendiri dan bukan untuk rakyat.
Ceramah sahaja tidak mungkin air di Kelantan terawat sendiri...
Ceramah sahaja tidak memungkinkan ekonomi orang Kelantan berkembang sendiri atau kebajikan rakyat semuanya tersedia semulajadi.
Aku harap Husam Musa jangan layan sangat emosi dari tekanan akibat tidak dilantik sebagai MB Kelantan atau jawatan exco Negeri.
Tiba sudah masanya buat kerja seperti yang dijanji sebelum menang PRU 13 lalu.
Nanti rakyat pasti menghukum atas perbuatan 'tak serupa bikin'
Ingat jawatan wakil rakyat bukan terlantik sendiri..tetapi rakyatlah yang menentukan..
Husam memang kena selalu ketuk di dahi!!..supaya jangan lupa.
No comments:
Post a Comment