Thursday, 10 October 2013

KERUSI NAIB PRESIDEN: NAMA HISHAM ; ISA SAMAD ; MUHKRIZ SEMAKIN TERCICIR ?



Perebutan kerusi Naib Presiden UMNO memang panas dimana enam nama calon Naib Presiden UMNO sudah sah menjadi calon dan mereka bersedia untuk bertanding. Pelbagai andaian dibuat tentang keenam-enam calon dan paling seronok apabila penyokong masing-masing percaya bahawa boss mereka layak duduki kerusi panas tersebut walaupun kerusi Naib Presiden hanya ada tiga tempat kosong sahaja.

ADC ada ulasan sendiri tentang pertandingan kerusi Naib Presiden UMNO ini dan ini hanya keberangkalian ADC melalui 'survey' di media baru dan ada juga yang dikumpul dari cakap-cakap perwakilan UMNO sendiri.

Setakat ini, nama Zahid Hamidi begitu kuat disebut sebagai calon yang akan menang mudah namun sungguh pun begitu cerita lain menarik juga untuk didengar...ini tentang nama tiga calon Naib Presiden yang tercicir dan seakan dilupakan.

Hishammudin antara nama pertama tercicir disebut sebagai calon yang akan kekal dalam barisan kepimpinan Naib Presiden UMNO. Kedudukan sebagai Naib Presiden sebelum ini bukan lagi jaminan bahawa beliau akan kekal. Sekumpulan dalam UMNO melihat virus pemimpin 'amaran' perlu dihentikan segera. Kesilapan dalam menangani banyak isu dan peristiwa yang menggangu-gugat kepentingan awam serta negara merupakan perkara yang tidak boleh diterima oleh banyak pihak. Ini sudah pasti menjadi penghalang utama Hishammuddin untuk terus kekal selesa.

Dalam kes Isa Samad, ramai yang melihat UMNO perlu pemimpin yang berpengalaman dalam melayar bahtera parti dan Isa dari segi pengalaman memimpin sudah pasti beliau adalah calon sesuai kerana pernah menjadi pemimpin kepala negeri. Namun untuk membawa mandat Presiden dan Timbalan Presiden pengalaman itu tidak boleh diukur jika kemampuan untuk membuat keputusan secara bersama tidak boleh dikawal. Isa juga ada yang mendakwa tidak terkenal akan kepimpinannya dikalangan perwakilan dan sudah pasti ianya penghalang besar untuk menjadi 'trio' diminati dalam kalangan naib presiden.




Bagi pemimpin muda ini pula, Mukhriz dilihat pada asalnya boleh memberi saingan sengit kepada kesemua calon yang bertanding naib presiden namun akhir-akhir ini perwakilan meminta Mukhriz memberi tumpuan membina pembangunan negeri Kedah setelah UMNO/BN merampas kembali negeri tersebut. Tumpuan yang lebih harus diberikan oleh Mukhriz bukan memfokus kepada jawatan naib presiden sehingga plan pembangunan terabai.

Namun ini hanya ulasan dari penelitian ADC, nampak macam biasa namun jika diteliti secara mendalam ianya memang bayangan sebenar apa yang bakal berlaku.

Bagi ADC sesiapa pun akan menang mengikut kecenderungan masing-masing namun keupayaan calon-calon perlu diukur sebaik mungkin.

Pilihlah pemimpin yang boleh memperkasa parti dan yang sebaiknya bawalah pemimpin yang akan memberi idea baru dalam memperkukuhkan parti.





No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA