Tuesday 5 November 2013

SG LIMAU : MEMANG PAS MENANG.. TAPI BN KE YANG HILANG UNDI ?



Tahniah Pas atas kemenangan dalam keadaan undi dan sokongan merosot di PRK Sg Limau, Yan , Kedah. Calon Pas Mohd Azam Abd Samad 37 diumumkan menang setelah mendapat majoriti yang dikira hampir malu sebanyak 1,084 undi.

ADC dapat merasakan bahawa beberapa faktor yang menyebabkan PAS mula hilang sokongan berbanding bekas Adun lepas, Allayarham Ust Azizan yang juga mantan menteri besar Kedah yang menang besar sebanyak 13,294 undi keseluruhan.



Faktor undi merosot kepada Pas ;

1. Penyokong Pas dan pengundi atas pagar yang sebelum ini condong Pas memilih tidak mahu keluar mengundi kerana Pas masih bermuta'ah baik dengan DAP.

2. Terke'shima dengan tindakan Mahfuz memilih calon yang merupakan sepupu sepapat dengan bekas musuh politik Ust Azizan, iaitu Phahrolrazi.

3. Mahfuz gagal menyatukan Pas di Kedah punca jentera Pas negeri Kedah sendiri seakan memboikot untuk menjadi jentera hadapan kempen Pas di Sg Limau.

4. Orang Cina memberi undi kepada BN kerana mereka serik di tipu dengan janji-janji PR semasa PRU 13.


Ulasan ringkas ADC mungkin tepat atau sipi-sipi keadaan dimana suasana sebenar kemerosotan Pas mendapat undi besar.

Mungkin juga tsunami pengundi MENOLAK Pas di Kedah masih berbaki sehingga mereka menyaksikan PAS tewas di PRU 13 dan BN kembali dihati pengundi.

Menang TAPI hilang majoriti..APA Maksudnya itu..?










No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA